Posts

Showing posts from September, 2017

Di mana ada pengakhiran pasti ada sebelumnya permulaan

Assalamualaikum Dunia yang telah dimonopoli oleh gajet dan aplikasi yang serba canggih sungguh melekakan aku. Akhirnya bersawang  blog. Oleh sebab yang itulah aku mengambil keputusan untuk matikan fungsi kongsian blog lama. Tutup cerita yang itu . Buka cerita yang baru . Konon-konon fresh start lah . #jangankecam Bukan sahaja dunia blog aku abaikan, juga hobi-hobi yang sangat aku rindu. Just name it . Baking, sewing, writing and reading lecture notes!! Boleh tahan parah kehidupan aku kan. so boring, as Aquarius said , I need my  own space . Waktu aman-aman sahaja. Sekarang pon rasanya dah cukup berkarat otak sebab lama tak membaca perkara ilmiah. Balik-balik novel cinta yang kisahnya viral laju sahaja   aku   baca . Nothing much yang jadi dalam tahun ni cuma aku dah tamat pengajian e-PJJ Diploma Pentadbiran Awam di UiTM. 3 sem di UiTM Dungun dan 5 lagi di UiTM Shah Alam. Kalau aku cerita bagaimana aku susah nak move on kene tukar kampus, mesti boring semua orang.