Posts

Showing posts from November, 2017

Jumaat terakhir di bulan November tahun 2017

Assalamualaikum Lama tak bersiaran, bukannya tiada kesempatan cuma terkadang 'mood' tu tak berapa nak datang bertandang. Terganggu emosi tu biasalah. Melihat 'pekikan' pihak atasan dalam whatsApp yang tak pernah tido daripada bersiaran. Juga dengan iringan sakit pening gastrik migrain.  Melihat waktu bergulir sekejap tahun 2017 makin hampir melabuhkan tirainya. kurang daripada 40 hari nak menginjak ke tahun 2018. Kalau bercerita perihal tahun sinonim sekali ditanya azamnya tercapaikah?, impiannya telah direalisasikan ke belum? 'Bucket list' sudahkah   dipenuhi ? ( khas untuk para travelers)  Boleh dikatakan hampir semua orang ada impian dan semua orang boleh berangan kerana semua tu percuma kannnn.. Cuma liku-liku dan halangan yang ditempuhi masing-masing berlainan. Paling penting jangan sesekali mempertikaikan perancangan sesiapa dan cubalah hormati keinginan orang lain. Mungkin kedengaran mustahil sekali untuk dicapai tapi siapa kita untuk