Jumaat terakhir di bulan November tahun 2017

Assalamualaikum

Lama tak bersiaran, bukannya tiada kesempatan cuma terkadang 'mood' tu tak berapa nak datang bertandang.

Terganggu emosi tu biasalah. Melihat 'pekikan' pihak atasan dalam whatsApp yang tak pernah tido daripada bersiaran. Juga dengan iringan sakit pening gastrik migrain. 

Melihat waktu bergulir sekejap tahun 2017 makin hampir melabuhkan tirainya. kurang daripada 40 hari nak menginjak ke tahun 2018. Kalau bercerita perihal tahun sinonim sekali ditanya azamnya tercapaikah?, impiannya telah direalisasikan ke belum? 'Bucket list' sudahkah dipenuhi? (khas untuk para travelers) 

Boleh dikatakan hampir semua orang ada impian dan semua orang boleh berangan kerana semua tu percuma kannnn.. Cuma liku-liku dan halangan yang ditempuhi masing-masing berlainan. Paling penting jangan sesekali mempertikaikan perancangan sesiapa dan cubalah hormati keinginan orang lain. Mungkin kedengaran mustahil sekali untuk dicapai tapi siapa kita untuk memperlekehkan orang kerana sesungguhnya manusia hanya merancang tetapi Allah swt adalah sebaik-baik perancangan. 

Membandingkan kehidupan kita hari ini dengan kehidupan orang lain adalah sesuatu yang tidak sihat dari segi mental. Gembirakan diri sendiri dengan membuat apa yang kita selesa dan suka bukannya setakat nak gembirakan hati orang lain. (Maaf ye, ini penyataan daripada saya seorang yang bujang, mungkin tidak sesuai untuk kamu yang telah berkeluarga)

Marilah sama-sama kita merenung sejenak sepanjang hampir 11 bulan ini apa yang telah kita lakukan sepanjang tahun 2017? Dari segi kewangan, sosial, hubungan samaada kekeluargaan, hubungan dalam percintaan, dengan kawan-kawan dan juga teman sepejabat. Adakah semuanya baik-baik sahaja atau menjadi lebih teruk dari tahun sebelumnya?

Kita masih punya waktu kurang 40 hari ke tahun 2018, masih belum terlewat kiranya kita menghabiskan saki baki tahun 2017 ini dengan perkara yang bermanfaat. Dalam masa yang sama perancangan tahun 2018 sudah mula boleh direncanakan. Selamat menjalani sisa-sisa 2017 dengan perkara yang baik-baik belaka. Fikir yang baik-baik dan semoga semuanya baik-baik belaka.

#fikirbaikbaik
#doayangbaikbaik
#masihbelumterlewat


Cik Wata
Cyberjaya

Comments

Popular posts from this blog

It's been a while

excitement itu sudah pudar

Orang Kecil dan Orang Besar