Bebel-bebel Cuti Thaipusam

Thaipusam nya arini 5 Feb 2023. So esok Putrajaya cootiii. Sis macam biasa stay di rumah sahaja. 2 hari dah berniat nak gi top up groceries. Tapi tak keluar2 rumah jugak. Niat tu kita harap dapatlah ditunaikan esok. Dari muda Sis jarang keluar kalau tak de keperluan. Cuma dulu2 sebab stay kat tengah2 KL so panjang sket lah langkah. x sampai 5 minit tetibe ade kat jalan TAR/Sogo. Kadang2 muncul kat MPH Nu Sentral. Silap2 duk makan icecream kat McD KL Sentral. Paling tak boleh blah, pkl 7 pagi dah kat kedai bawah Nu Sentral tu amik giliran nak masuk dalam butik AidiJuma. hahaahah. Kalau mood jiwang sikit baru lah sis muncul di Muzium Negara. Boleh tahan kan zaman tu. Sesi bermalasan ni makin menebal bila terjadinya pandemik COVID19. masa tu dia punya penangan teruk yakmat. Serba serbi takut, paranoid dan rasa trauma nak keluar. Muzium Negara tu pon sis dah mula lupakan. Rumah sekarang 5 minit sampai Alamanda. 7-8 minit sampai IOI ke DPulze. Tapi semangat tu jenuh nak kut...