Bebel-bebel Cuti Thaipusam

Thaipusam nya arini 5 Feb 2023. So esok Putrajaya cootiii.
Sis macam biasa stay di rumah sahaja. 2 hari dah berniat nak gi top up groceries. Tapi tak keluar2 rumah jugak. Niat tu kita harap dapatlah ditunaikan esok.

Dari muda Sis jarang keluar kalau tak de keperluan. Cuma dulu2 sebab stay kat tengah2 KL so panjang sket lah langkah. x sampai 5 minit tetibe ade kat jalan TAR/Sogo. Kadang2 muncul kat MPH Nu Sentral. Silap2 duk makan icecream kat McD KL Sentral. Paling tak boleh blah, pkl 7 pagi dah kat kedai bawah Nu Sentral tu amik giliran nak masuk dalam butik AidiJuma. hahaahah.

Kalau mood jiwang sikit baru lah sis muncul di Muzium Negara. Boleh tahan kan zaman tu.

Sesi bermalasan ni makin menebal bila terjadinya pandemik COVID19. masa tu dia punya penangan teruk yakmat. Serba serbi takut, paranoid dan rasa trauma nak keluar. Muzium Negara tu pon sis dah mula lupakan. Rumah sekarang 5 minit sampai Alamanda. 7-8 minit sampai IOI ke DPulze. Tapi semangat tu jenuh nak kutip. Mana nak iron baju,tudung. Mana nak prepare facemask dgn sanitizer. Zaman sekarang wajib dah bawak recycle bag grocery tu ha.

Memang servis food delivery jadi pilihan. Kadang2 groceries pon beli online (tapi telur x boleh beli online). Banyak jugak lah spent kat situ. Nanges bucu katil kalo audit duit ke situ. hahahaahah

So kesimpulannya, jangan duk tanya sis buat apa weekend, sis pegi mana long weekend. Dan tak perlu susah payah ajak sis keluar especially bersokan sokan yg sis x suka. Hidup sis sebagai perempuan/wanita bujang ni bukanlah menyedihkan kalau uols compared dengan kehidupan kamurang yang ada suami anak-anak berderet tu. Kegemaran dan kesukaan kita lain-lain bah.

Sis tak keluar rumah pon tapi masih aktif masak2, baca buku yang sebulan beli 4-5 buah tu. Paling tidak Sis layan Netflix/VIU/Astro. Kalau tengok series/filem yang sis dah tengok dan akan tengok tu kamurang pulak terkejut nanti. Perihal2 ibadat tu sis x share la nanti kamurang kata meriak takbur pulak.

Kesihatan jugak tak bagi kerjasama. Tengah2 sakit tekak batuk, selsema (elok sikit lepas 2 hari sekali makan Vit C). Arini dia datang perut x best. Oh Ya. Ini bukan explaination tuk kamurang pon. Cuma Sis serabut dengar soalan2 kamurang tu. Jadi inilah sesi luahan dan bebelan. Maklumlah rumah sekarang tiada kucing jiran untuk Sis bebelkan. hahahahahaha

Cik Wata
PuJa

Comments

Popular posts from this blog

It's been a while

excitement itu sudah pudar

Orang Kecil dan Orang Besar