Posts

Showing posts from February, 2023

Hakikat kehidupan

"Boleh saya tanya?" "Yup. Go on" "Awak cari apa dalam hidup awak ni?" "........."  "Saya nampak awak tak firm. Saya tanya sebab nak tahu. Especially tang awak reject saya dulu." "I don't owe you any explanation. Kisah2 lama tak payah ungkit. U got a family right?"  "Sebab rasa kesian tengok awak. Macam ni je lagi. Still single. Cuma tak tahu la available ke x"  "Tq sebab kesian. Just keep it as kesian sesama manusia. I do appreciate that. U dengan I ade boundary tau. I put U as kawan alam maya. Not included in my real life. Dia sampai situ je. I. Kinda different person in real life."  I wear different hat in different environments in ny daily life. Tu je nak bitau.  XOXO  Cik Wata PuJa 2247 28.2.2023

Healing

Image
Agaknya rindu kehidupan kat Terengganu. Orang tua macam sis ni biasa la, hidup asyik terkenang nostalgia. Sokmo rasa nak masuk gear undur masa je.   Takpe lah kita manusia biasa, teringat terkenang tu semua normal kan.   Oke healing time today is siang/cekik ikang. Hahahaaha. Agak pelik healing time sis kan. But I enjoyed myself. Walaupun ade part rasa nak pengsan tengok darah ikan jaket/cencaru/keras ekor yang pekat likat tu. Dia mai fenin2 sket je time tu.       Hujung2 sis panggang tawar ikan selayang dan panggang terung cecah air asam. But later need to substitute dengan budu la. Rasa air asam tu x kena selera. Maybe sis x reti nak buat.  Koh koh koh.

Unfollow

Image
      Pos kali ni bukanlah label meroyan pon. Tapi lebih kepada muhasabah diri. Semenjak platform media sosial ni bercolaberate sana sini. Algorithm paparan pengguna dah jadi berkait rapat dan kadang-kadang terasa eh kau tahu ape aku nak? gitu!   Kadang-kadang cerita sampah artis dan influencer ni sampai 2-3 saat sekali muncul kat media sosial sis. Naik muak pulak sebab tak ingin pulak daku nak baca dan amik tahu. Page2 yang daku follow pon demi nak mengejar rating dan traffic pengguna berlumba-lumba cover n share pasal cerita-cerita sampah.   Sampaikan aku nak cari info apa yang agak ilmiah ke pasal buku-buku ke langsung tak kelihatan beb. So aku dah start unfollow n unfriend anasir2 yang buat otak aku serabut lately. Instagram pon kalau ade masa memang aku unfollow ramai manusia.    Beginilah daku tahun 2023 ni dah 42 tahun dan dah start keluarkan perkara-perkara duniawi (eceh) dalam kehidupan especially yang lagha2 ni. Sis akui memang teruk sis tertinggal jauh dalam gadget d

Nak jadi apa

Image
    Dah nama pon manusia. Aku rasa paling afdol unfren or block je kan? Boleh ke tu buat? Boleh la kalau nak. Kene resign dah ni part time stalker. Geng2 daku suka panggil sis jadi spy. hahaha. dah pra pencen ni.

Day 15,352

Maka hari ini sudah sampai hari ke 15,352 kiraan Tahun Masihi sis diberi peluang hidup di dunia sementara yang penuh tipu daya ini. Why I said as penuh tipu daya? Ia merujuk kepada Syaitonnirojim yang sepenuh hati cuba menyesatkan dan melalaikan makhluk bernama manusia. Apa kamu fikir kamu terkecuali dan aman-aman sahaja hidupnya tanpa bisikan dan lintasan untuk kamu menjadi lalai? Mula dengan bangkit dari tidur. Adakah selepas terbitnya fajar ataupun sebelum fajar menyinsing? Mungkit kita bangkit tidur jam 5.30 pagi. Tapi terlintas pulak dihati dan fikiran Subuh/Fajar masuk jam 6.18pagi. masih boleh tidur. Ha, tewas sudah di situ. Belum masuk waktu kamu sedang siap-siap memasak bekal. Terdetik di hati untuk memasak kuantiti banyak agar bisa dipuji rajin oleh akhowat di pejabat nanti. Aduh, tewas lagi. Waktu di bilik mandi sedang sabun badan dengan mandian wangi berjenama mahal. Datang lagi bisikan "Wangi aku hari ni nanti ada yang tanya pakai mandian cap apa." Lalu dipuji l

Bebel-bebel Cuti Thaipusam

Image
  Thaipusam nya arini 5 Feb 2023. So esok Putrajaya cootiii. Sis macam biasa stay di rumah sahaja. 2 hari dah berniat nak gi top up groceries. Tapi tak keluar2 rumah jugak. Niat tu kita harap dapatlah ditunaikan esok. Dari muda Sis jarang keluar kalau tak de keperluan. Cuma dulu2 sebab stay kat tengah2 KL so panjang sket lah langkah. x sampai 5 minit tetibe ade kat jalan TAR/Sogo. Kadang2 muncul kat MPH Nu Sentral. Silap2 duk makan icecream kat McD KL Sentral. Paling tak boleh blah, pkl 7 pagi dah kat kedai bawah Nu Sentral tu amik giliran nak masuk dalam butik AidiJuma. hahaahah. Kalau mood jiwang sikit baru lah sis muncul di Muzium Negara. Boleh tahan kan zaman tu. Sesi bermalasan ni makin menebal bila terjadinya pandemik COVID19. masa tu dia punya penangan teruk yakmat. Serba serbi takut, paranoid dan rasa trauma nak keluar. Muzium Negara tu pon sis dah mula lupakan. Rumah sekarang 5 minit sampai Alamanda. 7-8 minit sampai IOI ke DPulze. Tapi semangat tu jenuh nak kutip.

Minggu pertama Februari 2023

Image
Bunga ros yang diterima kemudian, masa tu sis dah keluar kat traffic  lite Simpang Alam Shah dah.   Sesi Selfie. Gambar Bawah tu selepas Akmal pi Snap video Slow Mo  boss yg berjalan depan kami    Karenah jejaka 2 orang tu pakai Sampin. Jenuh dari pilih nak tuck in terus jadi baju kat luar.  Yang bujang tolong yang dah kawen pakaikan.          Actually harini 3 Feb 2023 adalah Perhimpunan Bulanan Jabatan sis Penggal Pertama katenya.   Tema pakaian adalah pakaian kebangsaan. So cuci mata sket la sis tengok pokcik2, abang2 dan hadik2 duk bergaya sakan pakai baju melayu (ade jugak yg pakai kurta- sis rasa diorg dari Bangladesh/Nepak/India/Pakistan kot). Dah macam acara kenduri kawen di Hotel/hari raya uols. Meriah golongan2 penjawat awam lelaki ni. cume x berapa nampak ade yang pakai Baju Melayu Bercapal. Golongan wanita lek-lek je la sebab pakai baju kurung. Yang non muslim x nampak pulak kot ade pakai baju Punjabi/Sari, cheongsam/samfoo or pakaian etnik saba

Ingatan

Image
Sekuntum mawar merah dan satu jumbo pack cekelat Kinder Bueno. Kisah 30 Januari 2023.  Aku kembali masuk kerja selepas bercuti panjang. Cuti 3 hari je sebenarnya cuma dapat bonus cuti kes Chinese New Year . So jadi panjanglah sikit. Masuk-masuk pejabat dah berderet tugasan yang datang  bertubi-tubi kat aku ni. Datang sorang pegawai, bagi senarai itu ini, buat itu, confirm kan ini. Muncul lagi sorang buat-buat tanya itu ini.  Tengah-tengah bergelut cari rentak nak catch up skill dan pace rutin yang ditinggalkan ni dapat call dari PA TKP(K). Sudah, TKP nak jumpa pulak. Sementelah kluster aku ni jadi host Mesyuarat Sektor yang dijadualkan pada 30 Jan tapi dipinda ke 2 Feb. Agak kelam kelibut juga sebab 1 Feb tu PuJa public holiday pulok.  Panjang lagi list preparation sebelum mesyuarat. Naik risau la bila TKP yg akan chair Mesyuarat tu panggil mengadap. PT aku yang patut mengadap sekali pulak keluar pergi amik barang dia, so dia mengadap kemudian katenya. Kalut-kalut