Day 15,352
Maka hari ini sudah sampai hari ke 15,352 kiraan Tahun Masihi sis diberi peluang hidup di dunia sementara yang penuh tipu daya ini.
Why I said as penuh tipu daya? Ia merujuk kepada Syaitonnirojim yang sepenuh hati cuba menyesatkan dan melalaikan makhluk bernama manusia.
Apa kamu fikir kamu terkecuali dan aman-aman sahaja hidupnya tanpa bisikan dan lintasan untuk kamu menjadi lalai?
Mula dengan bangkit dari tidur. Adakah selepas terbitnya fajar ataupun sebelum fajar menyinsing? Mungkit kita bangkit tidur jam 5.30 pagi. Tapi terlintas pulak dihati dan fikiran Subuh/Fajar masuk jam 6.18pagi. masih boleh tidur. Ha, tewas sudah di situ.
Belum masuk waktu kamu sedang siap-siap memasak bekal. Terdetik di hati untuk memasak kuantiti banyak agar bisa dipuji rajin oleh akhowat di pejabat nanti. Aduh, tewas lagi.
Waktu di bilik mandi sedang sabun badan dengan mandian wangi berjenama mahal. Datang lagi bisikan "Wangi aku hari ni nanti ada yang tanya pakai mandian cap apa." Lalu dipuji lagi kerana wanginya bau . Tewas teruk ni!
Dikirakan berapa kali tersasul bacaan dan menerawang fikiran sementara mulut mengalunkan bacaan solat. Teruk kalah, baru pagi ni belum matahari terbit lagi.
Dihitung-hitung sampai waktu mau lelap sis rasa penuh dosa hidup kita seharian ni.
Insaf. Cuba baiki diri. Allah swt masih bagi ruang dan peluang.
Cik Wata
Jalan Kasturi 17,
Putrajaya
Comments
Post a Comment