Ingatan

Sekuntum mawar merah dan satu jumbo pack cekelat Kinder Bueno.

Kisah 30 Januari 2023. 

Aku kembali masuk kerja selepas bercuti panjang. Cuti 3 hari je sebenarnya cuma dapat bonus cuti kes Chinese New Year. So jadi panjanglah sikit. Masuk-masuk pejabat dah berderet tugasan yang datang  bertubi-tubi kat aku ni. Datang sorang pegawai, bagi senarai itu ini, buat itu, confirmkan ini. Muncul lagi sorang buat-buat tanya itu ini. 

Tengah-tengah bergelut cari rentak nak catch up skill dan pace rutin yang ditinggalkan ni dapat call dari PA TKP(K). Sudah, TKP nak jumpa pulak. Sementelah kluster aku ni jadi host Mesyuarat Sektor yang dijadualkan pada 30 Jan tapi dipinda ke 2 Feb. Agak kelam kelibut juga sebab 1 Feb tu PuJa public holiday pulok. 

Panjang lagi list preparation sebelum mesyuarat. Naik risau la bila TKP yg akan chair Mesyuarat tu panggil mengadap. PT aku yang patut mengadap sekali pulak keluar pergi amik barang dia, so dia mengadap kemudian katenya. Kalut-kalut call PT tu dia cakap, relaks kak, Dr nak bagi hamper. Acik kau!! Hamper2 plak. Nak bergurau time2 kita serabut kerja duk tengah banyak ni kan.

Sampai-sampai bilik TKP tengok ade 4-5 orang pegawai2 dah berpeleseran kat tempat PA. Kami semua sama-sama duk usung buku nota ngan pen. Kot-kot ada amanah yang nak diberi sempena pertama kali Mesyuarat Sektor yang akan dichair oleh TKP. 

Masuk-masuk bilik Dr. nampak ada 6 kuntum bunga mawar merah aka ros. Duk bersusun atas meja. So kami semua ikut dan la terima sekuntum bunga ros merah dan 1 pek cekelat tu. Ade la sesi2 amik gambar. (sampai hari ni yang tukang snap gambar tu buat pekasam gambar, tak de share pon.. cisss..). Akhir sesi Dr. mintak nak bacakan doa sempena ulangtahun kelahiran manusia bulan Januari. Sebenornya birthday Dr pon Januari . Dah aku pon lupa nak wish depan2. See, manusia ni kalo dah gugup campur gumbira (sebab rasa diingati dan dihargai) walaupun tak expect it would come from Dr kan. Alhamdulillah.
 
Kesimpulannya, hidup di dunia ni penuh dengan perkara tak dijangka sebab kita bukanlah tukang ramal. Cerita, sandiwara dan kejadian semua Tuhan dah tentukan. Tunggu kita sebagai hamba Dia ni nak rasa apa. Bersyukur? Berlagak? Letak harapan bukan pada Nya? Bak kata Now See Heart (ni kumpulan nasyid ye)- Persandaran makhluk hanya pada Tuhannya. Tempat dia pasrahkan segalanya.
Kita sebagai hamba ni buat tak? pasrah tak dengan segala apa perbuatan kita tu? Jangan kata lepas dah jadi sesuatu baru nak pasrah. Lepas tu buat lawak, Pasrah ke redha? Keluar plak dialog si Datin Lisa Surihani dalam Filem Ombak kasih jap lagi.
 
Hal serius kita fikir betul-betul la kan..
 
Cik Wata
PuJa 

p/s: On 27th Jan 2023 tu pon mmg TKP ade send kad digital dah wish. Katenya dia memang style macam tu. Ingatan dari dia untuk staff2 dia.

Comments

Popular posts from this blog

cerita tak move on ego melangit

Orang Kecil dan Orang Besar

excitement itu sudah pudar