Minggu pertama Februari 2023

Bunga ros yang diterima kemudian, masa tu sis dah keluar kat traffic 
lite Simpang Alam Shah dah.
Sesi Selfie. Gambar Bawah tu selepas Akmal pi Snap video Slow Mo 
boss yg berjalan depan kami 
Karenah jejaka 2 orang tu pakai Sampin. Jenuh dari pilih nak tuck in terus jadi baju kat luar. 
Yang bujang tolong yang dah kawen pakaikan.   
 
 
 
Actually harini 3 Feb 2023 adalah Perhimpunan Bulanan Jabatan sis Penggal Pertama katenya.
 
Tema pakaian adalah pakaian kebangsaan. So cuci mata sket la sis tengok pokcik2, abang2 dan hadik2 duk bergaya sakan pakai baju melayu (ade jugak yg pakai kurta- sis rasa diorg dari Bangladesh/Nepak/India/Pakistan kot). Dah macam acara kenduri kawen di Hotel/hari raya uols. Meriah golongan2 penjawat awam lelaki ni. cume x berapa nampak ade yang pakai Baju Melayu Bercapal. Golongan wanita lek-lek je la sebab pakai baju kurung. Yang non muslim x nampak pulak kot ade pakai baju Punjabi/Sari, cheongsam/samfoo or pakaian etnik sabah/sarawak. Mungkin diorang segan agaknya. Takpe lah, ikut keselesaan memasing la kan. Sehabis boleh kita cuba untuk fit the dresscode.


Rezeki ada sambutan Hari Kelahiran Bulan Jan, Feb dan MAc 2023. (walaupun ade isu sikit). Alhamdulillah dapat another rose and cekelat lagi.. cuma sis memilih untuk tak naik ke pentas amik bunga tu. (Jangan main2 dengan Aquarious born ye).
 
Now nak post gambar di media sosial sis pon dah kene fikir dan tapis apa2 yang patut. Demi menjaga hati insan-insan tersayang orang sekeliling sis kat opis tu. Kang salah share gambar yang pada kita tak ada apa-apa makna sebab kita semua bekerja as a team. Tapi mungkin pada pasangan opismate sis ianya mengundang 'peperangan' kat rumah tangga memasing.
 
Kejadian Jumaat 3 Feb di pejabat diakhiri dengan sedekah Latte Ice oleh penerima Anugerah Khas Pekerja Terbaik Bulan Okt, Nov & Dis 2022. Yakni Azam Sarawakian Boy. Azam ni our adik bongsu lelaki lah kat pejabat tu. Muda x muda dh 31 tahun umo nanti bulan Nov. By the way, thanks Azam belanja hakak2 n kawan2 opis. Kami doakan Azam murah rezeki dan kami cuba try tolong sehabis baik dengan prospek jodoh Azam yang datang kat Kluster tadi tu.. hihihi. InsyaAllah.
 
p/s: Giliran Kluster sis Penggal ketiga - Julai/Ogos/September. Gaya2 tema Hari Kebangsan la kann. Oke Mode Mat Kilau ON. hahahahaha

Cik Wata
-Presint 17, PuJa-

Comments

Popular posts from this blog

cerita tak move on ego melangit

Orang Kecil dan Orang Besar

excitement itu sudah pudar