Sekuntum mawar merah dan satu jumbo pack cekelat Kinder Bueno. Kisah 30 Januari 2023. Aku kembali masuk kerja selepas bercuti panjang. Cuti 3 hari je sebenarnya cuma dapat bonus cuti kes Chinese New Year . So jadi panjanglah sikit. Masuk-masuk pejabat dah berderet tugasan yang datang bertubi-tubi kat aku ni. Datang sorang pegawai, bagi senarai itu ini, buat itu, confirm kan ini. Muncul lagi sorang buat-buat tanya itu ini. Tengah-tengah bergelut cari rentak nak catch up skill dan pace rutin yang ditinggalkan ni dapat call dari PA TKP(K). Sudah, TKP nak jumpa pulak. Sementelah kluster aku ni jadi host Mesyuarat Sektor yang dijadualkan pada 30 Jan tapi dipinda ke 2 Feb. Agak kelam kelibut juga sebab 1 Feb tu PuJa public holiday pulok. Panjang lagi list preparation sebelum mesyuarat. Naik risau la bila TKP yg akan chair Mesyuarat tu panggil mengadap. PT aku yang patut mengadap sekali pulak keluar pergi amik barang dia, so dia mengadap kemudian ka...
Comments
Post a Comment