Terhakis makin mengikis membawa rasa itu pergi. Entah ke mana. Putaran waktu bergulir menambah usia memudar rasa yang dulu bernyala. Tuhan, Kau yang membolak balik perasaan makhlukMu.
351/366 Berbaki 15 hari lagi tahuin 2024 akan melabuhkan tirainya. Tiada banyak pencapaian peribadi yang aku gapai tahun 2024 ni setakat panjat pokok kelapa di ESCAPE. hahahahaha. Permohonan pertukaran aku masih diam di situ. InsyaAllah akan aku kemaskini menjelang 2 Jan 2025 nanti. Soal apa keputusan doktor 26hb ni aku jatuh pasrah dan masih kekal istiqomah mendoakan yang baik-baik sahaja bakal aku terima. Post kali ni bukan lagi summary tahun 2024. setakat nak hilangkan habuk2 di blog. Dunia sekarang dah tak memandang blogging ni. Aku bukanlah setia berblog cuma kadang2 datang teringat aku jenguk la sekali sekala. Zaman penuh emosi dulu2 panjang dan sekejap2 update. Zaman sekarang dah ade twitter, facebook, Instagram, Threads, WhatsApp dan segala macam lagi yang kejap2 kita boleh update 2-3 saat sekali. Usia dah banyak dah melepasi 40 pon. Perlahan2 lah aku cuba tinggalkan keseronokan dunia keinginan mendunia. Sebak pulak masa menaip dia. so pra-azam 2025 lebihkan ak...
Sekuntum mawar merah dan satu jumbo pack cekelat Kinder Bueno. Kisah 30 Januari 2023. Aku kembali masuk kerja selepas bercuti panjang. Cuti 3 hari je sebenarnya cuma dapat bonus cuti kes Chinese New Year . So jadi panjanglah sikit. Masuk-masuk pejabat dah berderet tugasan yang datang bertubi-tubi kat aku ni. Datang sorang pegawai, bagi senarai itu ini, buat itu, confirm kan ini. Muncul lagi sorang buat-buat tanya itu ini. Tengah-tengah bergelut cari rentak nak catch up skill dan pace rutin yang ditinggalkan ni dapat call dari PA TKP(K). Sudah, TKP nak jumpa pulak. Sementelah kluster aku ni jadi host Mesyuarat Sektor yang dijadualkan pada 30 Jan tapi dipinda ke 2 Feb. Agak kelam kelibut juga sebab 1 Feb tu PuJa public holiday pulok. Panjang lagi list preparation sebelum mesyuarat. Naik risau la bila TKP yg akan chair Mesyuarat tu panggil mengadap. PT aku yang patut mengadap sekali pulak keluar pergi amik barang dia, so dia mengadap kemudian ka...
BUKU DAN TABIAT MEMBACA 1. Bill Gates: Membaca 50 buah buku dalam setahun. 2. Warren Buffet: Menghabiskan 80% waktunya dalam sehari untuk membaca. 3. Anthony Robbins: Pernah membaca 700 buah buku dalam setahun. 4. Elon Musk: Membaca sebanyak dua buah buku setiap hari. 5. Bung Hatta: Punya cara yang unik untuk membaca 30 000 koleksi bukunya. 6. Marz Zuckerberg: Membaca sebuah buku baharu setiap dua minggu selama setahun. 7. Sultan Nazrin Shah: Baginda mampu habiskan sepanjang hari membaca buku, dari pagi hingga malam. 8. Oprah Winfrey: Minat membaca telah mendorong beliau menubuhkan Kelab Buku Oprah. Beliau akan memilih sebuah buku kegemarannya pada setiap bulan sebagai bahan bacaan. Tahun ni saya agak perlahan habiskan beberapa buku. Tahun 2019 ni rasenya belum sampai 20 buah buku saya baca. Semoga dapat mencapai 30 buah buku, InsyaAllah. #MalaysiaMembaca #tabiatmembaca #membacaamalanmulia
Comments
Post a Comment