Move On

Move on aka teruskan. Normally berkenaan kehidupan lah. Meneruskan kehidupan dengan erti kata lain tanpa terikat or tersekat atau pegun pada frame kehidupan kita. 

Selalunya orang mengaitkan istilah move on ni dengan perhubungan yang berakhir. Tapi pada sis ianya kalimat keramat yang cukup senang diucapkan oleh sesiapa sahaja yang tidak berada dalam situasi kita.

Move on perhubungan

Selalunya perhubungan yang berakhir tanpa kerelaan hatimu. Kalau rela idok la plak jadi stuck kat frameline or life line tu kan. So untuk sis, tahun 2022 ni sis cuba untuk move on part ni. Ditinggalkan ke meninggalkan ke atau telah di ghostkan sis malas nak fikir. Ghosting, ghosted or ghost in relationship:-

Ghosting, also known as simmering or icing, is a colloquial term which describes the practice of ending all communication and contact with another person without any apparent warning or justification and subsequently ignoring any attempts to reach out or communication made by said person.

 

So, bila terasa diri dalam keadaan itu, sis punya azam tahun 2022 adalah membebaskan diri. Gituh, yelah dalam 11 hari lagi sis dah nak mencapat umo 41 tahun. Sis bukanlah baru 21 tahun. So cukuplah dengan sis baiki perhubungan yang abadi yakni dengan Sang Pencipta dan keluarga.

  

Move on dengan kegemukan

Tahun 2022 ni sis nekad nak keluar dari tampuk makan tak pantang, makan ikut emosi dan hormon estrogen yang sangat spike jenama gula, tinggikan tekanan darah dan menjana lemak-lemak tepu tu. Jahanam badan sis. Tak nak lah mati sakit jantung terkejung sensorang dalam rumah kan. Sis nak sihat supaya tak menyusahkan orang lain dan juga diri sendiri.

Jadi resolusinya adalah sis akan start dengan DASH Diet.  

 

Move On dengan suasana lama/Kerja lama

Sis bertukar kerja bulan Nov 2019. Tahun ni dah 2022. Sis nak move on ni tak bermaksud sis nak melupakan kenkawan di jabatan lama tu. Idokla sebegitu ghupe weih. Tapi haritu sis telah tersentap menusuk ke hati dengan tempelak yang cakap sis tak move on dengan tempat kerja lama.

Sis sedar, selain naik sedikit level, bertukar dari badan berkanun kepada fully federal. Banyak yang perlu dipelajari dan sememangnya dengan pandemik yang melanda (salahkan kobit lak) starting Mac 2020 agak merenjatkan proses pembelajaran sis di jabatan baharu. Mana nak coop up dengan suasana lain, lepas tu sibuk berpindah dari Parcel B ke F dan adapt dengan fungsi jabatan dan macam-macam lagi lah.

Move On dengan manusia toksik

Yang ni sebenarnya sis dah try buat lama dah. So kenkawan or kenalan yang ternanti-nanti sis contact or share mesej-mesej berilmu ke lawak ke sis memang cuba cut off terus. Sebab kalau sis senaraikan betapa ramai orang sekeliling yang apabila ada benefit dari sis laju je kan cari sis. 

Especially kenkawan/kenalan yang laki orang ni. Bila kau PJJ or kau outstation kau bosan laju kan cari golongan-golongan single macam sis ni. Apa kau ingat kitorang banyak sangat masa terluang nak layan kau??

Tu tak termasuk yang laju nak meminjam duit. Bini kau ada kan. Pinjam dengan dia lah.  

 

Move On Paling lawak

Dan yang terakhir kali ni adalah move on yang mengundang. Hahahaha. Move on dengan series/drama/film yang sis tengok kat TV. Terkadang jadi murung bila series tu dah abis. Ni sebab hero or heroin pojaan sis mati ke or sad ending. 

Tahun 2022 sis dah start belaja. Tinggalkan series2 yang kalau agak-agak org worship sangat tu kan. haahahaha. cukuplah sis tengok sampai ep 7 ke 9 dari total 16 episod. kui kui kui

 

Kesimpulannya, Move On ni antara perkara terpenting dalam kehidupan kita. Sebab kalau tidak tak ke mana-mana je fikiran dan perasaan kau tu. Terkurung dalam kotak penjara minda yang kau cipta sendiri.  

Chaiyo!!


Comments

Popular posts from this blog

It's been a while

excitement itu sudah pudar

Orang Kecil dan Orang Besar