351/366 Berbaki 15 hari lagi tahuin 2024 akan melabuhkan tirainya. Tiada banyak pencapaian peribadi yang aku gapai tahun 2024 ni setakat panjat pokok kelapa di ESCAPE. hahahahaha. Permohonan pertukaran aku masih diam di situ. InsyaAllah akan aku kemaskini menjelang 2 Jan 2025 nanti. Soal apa keputusan doktor 26hb ni aku jatuh pasrah dan masih kekal istiqomah mendoakan yang baik-baik sahaja bakal aku terima. Post kali ni bukan lagi summary tahun 2024. setakat nak hilangkan habuk2 di blog. Dunia sekarang dah tak memandang blogging ni. Aku bukanlah setia berblog cuma kadang2 datang teringat aku jenguk la sekali sekala. Zaman penuh emosi dulu2 panjang dan sekejap2 update. Zaman sekarang dah ade twitter, facebook, Instagram, Threads, WhatsApp dan segala macam lagi yang kejap2 kita boleh update 2-3 saat sekali. Usia dah banyak dah melepasi 40 pon. Perlahan2 lah aku cuba tinggalkan keseronokan dunia keinginan mendunia. Sebak pulak masa menaip dia. so pra-azam 2025 lebihkan ak...
Comments
Post a Comment