Hari Lahir Untuk Tahun 2023

27 Januari 1981
11.30 pagi hari Selasa
 
Itu yang tertulis dalam sijil kelahiran aka Surat Beranak Sis.
Mujur bukan tengah hari betul lahirnya.Hihihi
 
Oke cerita tahun ni umur sis dah masuk 42 tahun di tahun Masihi (kiraan Matahari)
Ada lah juga baca mengguna pakai gelaran Al-Masih pada nama Nabi Isa a.s sempena bermula kelahiran baginda. Kalau umur sis ikut kiraan Tahun Hijriah (bulan) dalam 43 tahun la. since 21 Rabiul Awal Tahun 1401H. Tahun Hijrah dalam 354/355 hari.

Alhamdulillah tahun 2023 ni Allah swt bagi peluang sambut dengan keluarga pada tarikh 27 Januari tu. Kalau tahun lepas 27 Januari tu sis masih terkial2 berkejaran ke airport Kota Kinabalu dengan opismates nak balik Putrajaya. Adik beradik order Nasi Kunyit Berhias (Pulut Kuning) dan rendang ayam. Lontong +Kuah Lodeh, Rojok Betik, Kek besday (Shared dgn ipar). Paling istimewa mestilah nasik kunyit yang mak sis buat. bertungkus lumus Mak sis bangun pagi rendam beras pulut segala kan. Dan tahun ni jugak lah bermula sis shared tarikh dengan adik ipar bongsu. hahaha ade jugak org terdekat yang sama besday.🎊🎊

Episod makan-makan tu bersama immediate family dan jugak the closest cousin je la. Takkan nak buat kenduri pulok. Tak dilupakan besday suprise dari en H. Mintak maaf ye en H sebab sis siap blok nombor . ye lah sis jawap awok senyap, call 2-3 kali. Sis sememangnya kurang sabar. bila tengok caller me ID delivery suprise. hahaha nasib la sebagai peniaga en H cuba contact dengan call WhatsApp plak. walopun berhujan kat depan gate rumah. salute peniaga macam ni sabor layan karenah penerima suprise.👏👏👏

Kalau tanya perasaan. Tahun ni takde perasaan sedih sangat or moody. sebab selalunya mood sis agak ke laut. lagipun sis x beriya pakai baju cecantik tuk acara potong kek. Muke pon macam acik2 umo 50 tahun daaa. hahahaha

Tak de perkataan yang dapat gambarkan betapa bersyukur Allah swt masih bagi peluang nak beribadat dan masih bagi ruang bernafas dan sujud padaNya. Yang lain-lain sis tak amik port sangat. Orang kata kita bahagia cara kita. Peduli apa pandangan manusia. selagi kita tak berbuat dosa dan mengganggu gugat hal orang lain tiada apa yang perlu kita gusarkan dan over thinking pon.

So, I am 42 years old. Still kicking (kalo ajak buat jumping flying kick boleh lagi ni😏. Cume tergemuk sikit je dan dalam usaha jaga makan dan jaga kesihatan diri. Semoga Allah swt gerakkan hati sis untuk lebih banyak beribadat dan dikurniakan rezeki pergi ke tanah suci Mekah dan Madinah menunaikan umrah/Haji. Dan semoga sis bahagia dengan keluarga ikut cara sis la. Ameen

Paling penting, dapat mengawal diri dari membadak. huhuhu.

Cik Wata
Bandar Bawah Tasik
 
 
 
 
 
 
 
 

Comments

Popular posts from this blog

cerita tak move on ego melangit

Orang Kecil dan Orang Besar

excitement itu sudah pudar