Tempah Baju Kurung @ Beli siap?

Baju kurung
 
Assalamualaikum.
Korang-korang yang perempuan ni tak kira lah kerja kerajaan ke, kerja swasta ke, masih belajar di IPT ke, setahun berapa kalo korang tempah baju kurung? 

Sis dari zaman kecik2 sampai dah tua ni memang memilih untuk menempah jahit baju kurung sis. Dari kecik-kecik mak memang kalo bab baju kurung wajib tempah. Seingat sis walaupun ada hadiah baju kurung daripada mak saudara tetap ditempah jahitnya kat tailor. Maklumlah kami orang kampung, Pantai Timur pulak tu. Bukan ada banyak Mall atau kedai-kedai pereka baju yang boleh dibeli baju kurung siap ni. Kiranya dari saiz sis cutting kerempeng ke membadak dengan jayanya ni almost 95% baju kurung adalah ditempah jahit.

Baju beli siap ada jugak, tapi selalunya memang keciwa. Saiz badan rare ni memang serba tak kena. Kadang baju elok, dah kain tak kene. kene amik 1 saiz kecik la. Terlalu labuh la, ukuran pinggul ketat la dan macam-macam serba tak kena tu muncul. Kalau baju biasanya ukuran bahu yang bermasalah. Bahkan kalo baju korporat pejabat yang bukan custom made, sis kene bawak ke tailor untuk dialter. Belum cerita perihal Tshirt yang selalu kene beli pulak. terkadang redha je la kalau pakaian melibatkan ready made opis ni.

Untuk AidilFitri Tahun 2023 ni kalau Tuhan masih bagi rezeki sis sambut, InsyaAllah baju nya ditempah.
Teringat 2022 baju kurung ade 3 pasang beli online. satu x muat dah. 1 lagi satin silk oke, x pakai langsung sebab kain gedoboh dan takde tailot nak alter setakat masa nak raya aritu. sepasang je yg masih pakai. Ada satu hadiah dari adik, pakai bila balik Terengganu jek.

Sis ni uniform baju kurung adalah pergi kerja di pejabat sahaja. Tu pon kadang-kadang datang malas memang pakai skirt dan blouse atau blouse dengan seluar slack. Tambah-tambah setiap selasa di KBS ni selang seli baju korporat dan baju sukan. Pendek kata baju kurung dipakai 4 kali dalam seminggu bekerja. Tu pon kalo x pakai blouse/skirt tu la. Maklumlah bukan pompuan melayu terakhir. Tapi sis pon doubt jugak berapa % darah Melayu dalam salasilah keturunan sis. lebih-lebih sampai kat sis ni. (boleh buat entry kan)

Setakat ni 4 kain pasang yang akan dijahit tailor sis. Baju konvo aritu recycle pakai tuk raya. cukup lah 5 pasang. Cuti raya pon x bincang dengan diri sendiri lagi dan decide nak cuti berapa hari dan hari apa. Tiket flight pon gaya2 dah mahal. Aiyyoo... Semoga tailor sis sihat dan dapat jahit siap semua 4 pasang tu. Harapnya rumahnya tak banjir dan dia x sibuk pergi berkempen untuk PRN nanti. hihihi.


Cik Wata
-Putrajaya_





Comments

Popular posts from this blog

cerita tak move on ego melangit

Orang Kecil dan Orang Besar

excitement itu sudah pudar