Posts

It's been a while

 351/366 Berbaki 15 hari lagi tahuin 2024 akan melabuhkan tirainya. Tiada banyak pencapaian peribadi yang aku gapai tahun 2024 ni setakat panjat pokok kelapa di ESCAPE. hahahahaha. Permohonan pertukaran aku masih diam di situ. InsyaAllah akan aku kemaskini menjelang 2 Jan 2025 nanti. Soal apa keputusan doktor 26hb ni aku jatuh pasrah dan masih kekal istiqomah mendoakan yang baik-baik sahaja bakal aku terima. Post kali ni bukan lagi summary tahun 2024.  setakat nak hilangkan habuk2 di blog. Dunia sekarang dah tak memandang blogging ni. Aku bukanlah setia berblog cuma kadang2 datang teringat aku jenguk la sekali sekala. Zaman penuh emosi dulu2 panjang dan sekejap2 update. Zaman sekarang dah ade twitter, facebook, Instagram, Threads, WhatsApp dan segala macam lagi yang kejap2 kita boleh update 2-3 saat sekali. Usia dah banyak dah melepasi 40 pon. Perlahan2 lah aku cuba tinggalkan keseronokan dunia keinginan mendunia. Sebak pulak masa menaip dia.  so pra-azam 2025 lebihkan ak...

28/366 of 2024

Hari kedua merangkul usia 43 tahun mengikut tahun Masihi. Tiada apa yang dihajati selain dikurniakan rezeki untuk melengkapkan rukun islam ke-5 dalam rezeki kesihatan yang yang baik dan kewangan yang selesa. InsyaAllah. Semoga kita semua dikurniakan rezeku husnul khotimah

cerita tak move on ego melangit

Aku kamu selesai Namun ada rasa ku ingin kembali Aku kamu selesai Namun kamu masih saja mengintaiku Kita sama sama menghabiskan waktu Melihat kamu walau tanpa bertemu Ingin tau kamu sedang apa Bersama siapa Dan kamu di mana Kita rindu Kita masih ingin Tau segalanya Tapi ego melarang Aku kamu selesai (aku kamu selesai) Namun kisah ini belum benar usai (namun kamu masih saja mengintaiku) Kita sama sama menghabiskan waktu Mengikutimu, merisaukanmu, melihat kamu Walau tanpa bertemu Ingin tau (saat ini) Kamu sedang apa (bersendiri) Bersama siapa Dan kamu di mana dengan Kita rindu (siapa) Kita masih ingin (apa) Tau segalanya Tapi ego melarang Ingin tau Kamu sedang apa Bersama siapa Dan kamu di mana Kita rindu Kita masih ingin Tau segalanya Tapi ego melarang Ingin tau Kamu sedang apa Bersama siapa Dan kamu di mana Hooo... kita rindu Kita masih ingin Tau segalanya Tapi ego diriku melarang

Orang Kecil dan Orang Besar

Orang kecil jika hidup dipersoalkan Jika mati tak dipersoalkan. Lebih baik jadilah orang besar Bahagiannya selalu besar. Orang besar jujur-tak jujur makmur Benar-tak benar dibenarkan Lalim-tak lalim dibiarkan. Orang besar boleh bicara semaunya Orang kecil paling jauh dibicarakan saja. Orang kecil jujur dibilang tolol Orang besar tolol dibilang jujur Orang kecil berani dikata kurang ajar Orang besar kurang ajar dikata berani. Orang kecil mempertahankan hak disebut pembikin onar Orang besar merampas hak disebut pendekar. Oleh Dr. KH. A. Mustofa Bisri

peringatan dan teguran Tuhan Yang Esa

Hidup disambut kegirangan, mati ditangisi yang tersayang. Tapi kita selalu berdoa agar saat mati kita bukan sendiri. Tepatnya saat kematian itu hadir lah Insan lain di sisi. Masa sakit ni walaupun setakat vertigo je, tiba2 semua aku rindukan. Ade kucing sekor buat teman pon oke macam masa PKP Abah Din korang dulu. Hari2 aku bercakap dengan kucing. 😁 Vertigo ni ade sikit buat mental aku koyak bila mana datang mild anxiety tu. Pakej bp naik, x leh tido. Asal nak pejam bilik berputar. Doakan sis segera sembuh dan tak menyusahkan orang sekeliling ya.  InsyaAllah. 

A move to make

Image
I will. Dah fasa tua ni kena slowly post pasal hidup kita. Make it more private.  Cerita nasihat dan ingatan ke arah kebaikan boleh proceed as usual.  Cerita peribadi elok simpan dalam hati agar Tuhan sahaja tahu. 

Rutin tak berapa rutin

Image
Basuh kereta ni bukanlah rutin kegemaran sis. 6 bulan sekali pon pernah sis x basuh kereta. Hahahahaha. Tapi sis paling pantang bila burung2 di opis tu pegi cret kat kete sis. Br je basuh kete 2 minggu lepas.  Balik kursus tengok banyak betol tompok2 taik burung tu. So pagi Ahad x berapa pagi ni sis terpaksa la hantar g cuci.  Dengan harapan burung2 dibopis x aim dah kete sis esok

scam

Bila kau tak paham pasal keje ko dan kau cipta mazhab baru dan menidakkan hak orang. Zalim namanya.

It's the time

Allah swt kalau nak jentik hati kita sekejap je. Betapa Dia sayang akan hambaNya. Sedikit pon dah cukup buat hambaNya yang hina terasa betapa tergelincir laluan dari asalnya.  Nampak dunia tipu tipu penuh keseronokan. Banyak yang kita jadikan kebiasaan sedangkan itu semua satu kesalahan.  Alhamdulillah masih ada sekelumit kesedaran bila ada setitik hidayah yang Allah swt kirimkan buat kita.  Sama-sama lah kita perbaiki diri. Masa kita kat dunia ni pon tak tahu ada berapa saat lagi bakinya. Tak ada masa dah nak hadap perkara remeh temeh ni. Jalan terus. 

Aku, Dia dan Kebodohan

Manusia alpa. Tertipu dengan dunia tipu tipu juga penghuninya yang licik. Manusia alpa lantas terlupa perihal kebodohan berulang.  Manusia terbuai dengan kenangan dan khayalan.  Ya, manusia itu aku. Yang terlupa. Pesanan dari seorang pangkat kakak: Pentingnya fokus pada diri sendiri, tanpa melihat sesiapa lagi. 

geelong

Puasa sgt silap segala order Grabfood n shopping 

Mengimbau Kenangan

Image
Coral n sea ni bau dia menggamit memori. Macam bau rumah someone kat Keramat.  How i am missing  the surrounding of the house. 

Hakikat kehidupan

"Boleh saya tanya?" "Yup. Go on" "Awak cari apa dalam hidup awak ni?" "........."  "Saya nampak awak tak firm. Saya tanya sebab nak tahu. Especially tang awak reject saya dulu." "I don't owe you any explanation. Kisah2 lama tak payah ungkit. U got a family right?"  "Sebab rasa kesian tengok awak. Macam ni je lagi. Still single. Cuma tak tahu la available ke x"  "Tq sebab kesian. Just keep it as kesian sesama manusia. I do appreciate that. U dengan I ade boundary tau. I put U as kawan alam maya. Not included in my real life. Dia sampai situ je. I. Kinda different person in real life."  I wear different hat in different environments in ny daily life. Tu je nak bitau.  XOXO  Cik Wata PuJa 2247 28.2.2023

Healing

Image
Agaknya rindu kehidupan kat Terengganu. Orang tua macam sis ni biasa la, hidup asyik terkenang nostalgia. Sokmo rasa nak masuk gear undur masa je.   Takpe lah kita manusia biasa, teringat terkenang tu semua normal kan.   Oke healing time today is siang/cekik ikang. Hahahaaha. Agak pelik healing time sis kan. But I enjoyed myself. Walaupun ade part rasa nak pengsan tengok darah ikan jaket/cencaru/keras ekor yang pekat likat tu. Dia mai fenin2 sket je time tu.       Hujung2 sis panggang tawar ikan selayang dan panggang terung cecah air asam. But later need to substitute dengan budu la. Rasa air asam tu x kena selera. Maybe sis x reti nak buat.  Koh koh koh.

Unfollow

Image
      Pos kali ni bukanlah label meroyan pon. Tapi lebih kepada muhasabah diri. Semenjak platform media sosial ni bercolaberate sana sini. Algorithm paparan pengguna dah jadi berkait rapat dan kadang-kadang terasa eh kau tahu ape aku nak? gitu!   Kadang-kadang cerita sampah artis dan influencer ni sampai 2-3 saat sekali muncul kat media sosial sis. Naik muak pulak sebab tak ingin pulak daku nak baca dan amik tahu. Page2 yang daku follow pon demi nak mengejar rating dan traffic pengguna berlumba-lumba cover n share pasal cerita-cerita sampah.   Sampaikan aku nak cari info apa yang agak ilmiah ke pasal buku-buku ke langsung tak kelihatan beb. So aku dah start unfollow n unfriend anasir2 yang buat otak aku serabut lately. Instagram pon kalau ade masa memang aku unfollow ramai manusia.    Beginilah daku tahun 2023 ni dah 42 tahun dan dah start keluarkan perkara-perkara duniawi (eceh) dalam kehidupan especially yang lagha2 ni. Sis akui memang teruk ...

Nak jadi apa

Image
    Dah nama pon manusia. Aku rasa paling afdol unfren or block je kan? Boleh ke tu buat? Boleh la kalau nak. Kene resign dah ni part time stalker. Geng2 daku suka panggil sis jadi spy. hahaha. dah pra pencen ni.

Day 15,352

Maka hari ini sudah sampai hari ke 15,352 kiraan Tahun Masihi sis diberi peluang hidup di dunia sementara yang penuh tipu daya ini. Why I said as penuh tipu daya? Ia merujuk kepada Syaitonnirojim yang sepenuh hati cuba menyesatkan dan melalaikan makhluk bernama manusia. Apa kamu fikir kamu terkecuali dan aman-aman sahaja hidupnya tanpa bisikan dan lintasan untuk kamu menjadi lalai? Mula dengan bangkit dari tidur. Adakah selepas terbitnya fajar ataupun sebelum fajar menyinsing? Mungkit kita bangkit tidur jam 5.30 pagi. Tapi terlintas pulak dihati dan fikiran Subuh/Fajar masuk jam 6.18pagi. masih boleh tidur. Ha, tewas sudah di situ. Belum masuk waktu kamu sedang siap-siap memasak bekal. Terdetik di hati untuk memasak kuantiti banyak agar bisa dipuji rajin oleh akhowat di pejabat nanti. Aduh, tewas lagi. Waktu di bilik mandi sedang sabun badan dengan mandian wangi berjenama mahal. Datang lagi bisikan "Wangi aku hari ni nanti ada yang tanya pakai mandian cap apa." Lalu dipuji l...

Bebel-bebel Cuti Thaipusam

Image
  Thaipusam nya arini 5 Feb 2023. So esok Putrajaya cootiii. Sis macam biasa stay di rumah sahaja. 2 hari dah berniat nak gi top up groceries. Tapi tak keluar2 rumah jugak. Niat tu kita harap dapatlah ditunaikan esok. Dari muda Sis jarang keluar kalau tak de keperluan. Cuma dulu2 sebab stay kat tengah2 KL so panjang sket lah langkah. x sampai 5 minit tetibe ade kat jalan TAR/Sogo. Kadang2 muncul kat MPH Nu Sentral. Silap2 duk makan icecream kat McD KL Sentral. Paling tak boleh blah, pkl 7 pagi dah kat kedai bawah Nu Sentral tu amik giliran nak masuk dalam butik AidiJuma. hahaahah. Kalau mood jiwang sikit baru lah sis muncul di Muzium Negara. Boleh tahan kan zaman tu. Sesi bermalasan ni makin menebal bila terjadinya pandemik COVID19. masa tu dia punya penangan teruk yakmat. Serba serbi takut, paranoid dan rasa trauma nak keluar. Muzium Negara tu pon sis dah mula lupakan. Rumah sekarang 5 minit sampai Alamanda. 7-8 minit sampai IOI ke DPulze. Tapi semangat tu jenuh nak kut...

Minggu pertama Februari 2023

Image
Bunga ros yang diterima kemudian, masa tu sis dah keluar kat traffic  lite Simpang Alam Shah dah.   Sesi Selfie. Gambar Bawah tu selepas Akmal pi Snap video Slow Mo  boss yg berjalan depan kami    Karenah jejaka 2 orang tu pakai Sampin. Jenuh dari pilih nak tuck in terus jadi baju kat luar.  Yang bujang tolong yang dah kawen pakaikan.          Actually harini 3 Feb 2023 adalah Perhimpunan Bulanan Jabatan sis Penggal Pertama katenya.   Tema pakaian adalah pakaian kebangsaan. So cuci mata sket la sis tengok pokcik2, abang2 dan hadik2 duk bergaya sakan pakai baju melayu (ade jugak yg pakai kurta- sis rasa diorg dari Bangladesh/Nepak/India/Pakistan kot). Dah macam acara kenduri kawen di Hotel/hari raya uols. Meriah golongan2 penjawat awam lelaki ni. cume x berapa nampak ade yang pakai Baju Melayu Bercapal. Golongan wanita lek-lek je la sebab pakai baju kurung. Yang non muslim x nampak pulak kot ade paka...

Ingatan

Image
Sekuntum mawar merah dan satu jumbo pack cekelat Kinder Bueno. Kisah 30 Januari 2023.  Aku kembali masuk kerja selepas bercuti panjang. Cuti 3 hari je sebenarnya cuma dapat bonus cuti kes Chinese New Year . So jadi panjanglah sikit. Masuk-masuk pejabat dah berderet tugasan yang datang  bertubi-tubi kat aku ni. Datang sorang pegawai, bagi senarai itu ini, buat itu, confirm kan ini. Muncul lagi sorang buat-buat tanya itu ini.  Tengah-tengah bergelut cari rentak nak catch up skill dan pace rutin yang ditinggalkan ni dapat call dari PA TKP(K). Sudah, TKP nak jumpa pulak. Sementelah kluster aku ni jadi host Mesyuarat Sektor yang dijadualkan pada 30 Jan tapi dipinda ke 2 Feb. Agak kelam kelibut juga sebab 1 Feb tu PuJa public holiday pulok.  Panjang lagi list preparation sebelum mesyuarat. Naik risau la bila TKP yg akan chair Mesyuarat tu panggil mengadap. PT aku yang patut mengadap sekali pulak keluar pergi amik barang dia, so dia mengadap kemudian ka...